Showing posts with label Darwish. Show all posts
Showing posts with label Darwish. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Seminggu dah berlalu

Hari ni cukup lah 1 minggu,anak bujang kesayangan aku balik kampung.Aku sebenarnya pun berat hati nak bagi dia balik kampung,tapi dia beria-ria nak balik,tiap-tiap hari duk sebut cik sue(adik bongsuku).Lagipun kebetulan BS dia mintak cuti 3,4 hari,tak ada orang nak jaga dia,jadi terpaksa lah aku bagi dia balik kampung.Aku mana boleh cuti pada bulan ni sebab sibuk nak close account 2010.Nak tak nak terpaksalah.Mengikut kata mak aku,Darwish sedikit pun tak hairan bila aku tiada disisinyer.Mungkin terlalu enjoy duduk kat kampung sampai tak pedulikan aku & hubby.Al maklumlah kat kampung dilayan bagaikan raja.

Bila mak aku tanya "Awish,Ummi mana"?
Dijawabnyer "Ummi kat rumah,padan muka ummi,kena tinggal (bertuah punya anak,siapa tinggal siapa)

Bila aku call dia "Awish tengah buat apa"?
Dijawabnyer "Awish sibuk lah ummi.Bye".Terus dimatikan telefon

Sekarang mulutnyer asyik pot pet pot pet.Jenuh nak melayan segala pertanyaanyer.Pada suatu hari dia ternampak moyangnyer pakai pamper.Al maklumlah dah tua,susah nak control kencing,jadi kenalah pakai pampers.Lagipun nenek aka moyang awish ni dah hampir nyayok.Kalau dia terkencing pun dia tak mengaku.

Dengan selamber jer dia pergi tegur

Awish " uuitss tak malu,pakai pampers..ha ha ha" (sambil gelak)
Moyang " ikut aku lah,aku dah tua,buat apa nak malu" (tak pasal-pasal nenek aka moyang awish terasa hati dengan teguran awish.

Alahai anak,jangan lah terlalu leser yer bila bercakap.Nanti ada pulak yang terasa hati.
(Gambar ni aku cilok dari Album anak BS )



Monday, May 9, 2011

Jangan tersalah panggil yer

Dah agak lama aku tak bercerita pasal anak bujang ku yang dah masam ni.Bulan depan genaplah dia tiga tahun.Cepatnyer masa berlalu.Rasa macam baru jer aku mengadung & melahirkan dia.Sekarang ni memang dah banyak yang dia pandai buat.Yang paling buat aku hangin,ialah menyepahkan rumah dengan permainan.Aku rasa,aku dah simpan & sembunyikan.Tapi masih banyak berkeliaran di ruang tamu rumahku. Dahlah dengan keadaan aku sekarang ni tidak mengizinkan sanggat aku mengemas rumah.Aku teramat malas .Asyik nak tidur jer.Ditambah pulak kalau pening kepala datang,melepak atas tilam la jawabnyer.

Kembali kepada tajuk yang asalnyer,sekarang ini jangan sesiapa tersalah panggil yer.Nanti tuan empunya badan mengamuk.Budak masam ini sudah pandai mengamuk kalau tersalah panggil.Kat rumah BS pun kalau sesiapa tersalah panggil pun dia marah.Sejak 2,3 menjak ini,budak masam  ni dipanggil dengan panggilan "ABANG AWISH" yer.Jangan tersalah panggil,nanti tak pasal-pasal kena sound dengan ini budak.Aku suka sanggat menggusik dia dengan memanggil AWISH,laju jer dia menjawab,"bukan awish lah,abam awish lah"..Alahai abam awish,tunggulah sampai akhir tahun ni yer ,barulah kamu dinaikkan pangkat sebagai "ABANG" Sabar yer.Harap semuanyer selamat sampai ummi bersalin yer.




















Thursday, March 31, 2011

Anak siapa nih?

Sedang merenung masa depan



Toleh kanan kejap..
fuuhhh line clear..
Apasal tak der awek yang cun-cun kat sini



Alaaaa...kacau lah ummi ni
awish baru jer berangan nak ngorat anak dara orang



Merajuk ahhh
Ummi kacau..Nak bawa diri lah


haiyoooo
apa nih...
baik awish lari



Alamak
ombak kejar awishlah
tak jadi lah nak melarikan diri dari ummi
"mi..mi... mi..tolong awish...ombak kejar awish"


Fuuuhhhh..selamat
penat tau lari dari ombak



ok..
Stop dahulu
Bersambung entry seterusnyer

Tuesday, March 15, 2011

Alahai Anak

Asal ambik lambat jer pasti meragam,meragam & meragam..Penatlah aku macam ni (uiitss tak baik la mengeluh).Ini kisah anak bujang aku.Asal ambik lambat jer kat umah BS confirm akan mengamuk samada sepanjang jalan nak balik umah @ akan berlakulah adegan nak naik tangga.Al maklumla umah aku tingkat 3,tiada kemudahan lif,jadi berjanggut la nak tunggu anak bujang ni naik tangga.(agaknyer bila lah rezeki kami nak ada umah sendiri ni,penat tau hari-hari panjat tangga...merunggut lagi)

Bila aku nak dukung dia,tak mahu pulak,tapi mulut nyer bising "Mi penat lah".Bikin aku angin jer ini budak..Macam semalam,aku terpaksa balik lambat,sebab hujan lebat yang teramat sanggat.Aku tak berani nak drive,jadi aku melepaklah kat opis sampai 6.45 pm.Hujan dah berhenti barulah aku balik.

Sampai umah BS dah pukul 7.30 pm,masa tu elok lagi lah peragai anak bujang aku ini.Bila masuk dalam kerata jer mula lah buat peragai,nak handphone,lepas tu nak main game la,macam-macam lah.Dah la aku puasa semalam.Ingat nak beli jer nasi bungkus,tapi bila si bujang ni buat perangai malas la pulak nak berhenti beli nasi.Dalam hati aku makan jer apa yang ada kat umah.Tak sanggup rasanyer nak berhenti kedai,kang lain pulak jadinyer.

Sampai jer kat tangga,dia main-main,tak nak naik.Aku tengok jam dah pukul 7.45 pm..Ayo yo yo,aku belum berbuka puasa lagi,si bujang ni duk main naik tangga turun tangga.Aduushhh betul-betul menguji kesabaran aku.Apa lagi tangan ku terasa ringan jer nak cubit si bujang ni "awish cepat naik,kang ummi cubit"dia boleh pulak menjawab "awish nak cubit ummi" (sambil cubit tangan aku)

Rasanyer dekat pukul 8.15 pm,baru lah aku sampai kat tingkat 3,fuuhhh cepat-cepat aku ke dapur,minum air,si bujang ku tiba-tiba melalak,dia marah kat aku sebab aku tak tunggu dia (siapa suruh main-main) Lepas jer aku tutup pintu dia melalak lagi,makin menjadi-jadi pulak siap tendang-tendang pintu lagi..Alahai anak...sabar jer laaa haku..

Letih jugak kan nak melayan anak-anak time dia meragam ni,ditambah pulak kalau time kita balik kerja,dah la penat seharian kat opis.Aku baru ada sorang anak,kalau ramai-ramai agaknyer aku boleh jadi tarzan moden kut...heheh


Friday, March 4, 2011

Siapakah Gerangan ini Budak?

Ini budak memang nak kena ketuk kepala
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Semalam aku MC.Gara-gara aku pening kepala.Tak larat nak masuk ofis,jadi aku dengan awish pun membuta tanpa gangguan kat rumah sampai pukul 11.00 pagi baru bangun.Bila dah bangun,laju jer dia nak mandi,aku pun mandikan dia,lepas tu aku pakaikan pamper,aku letak baju awish kat atas tilam.Aku pun pergi laa mandi.

Bila aku keluar jer dari toilet,aku tengok dia dah siap pakai baju & seluar.

aku:aik tadi ummi suruh awish pakai baju lain,kenapa pakai baju ni?

awish:aju ni encem (baju ni hensem)

aku:nak pergi mana pakai baju hensem?

awish:jom jom jom (ajak jalan)

aku:nak pergi dengan apa?

awish:naik keta

aku:siapa bawa?

awish:ummi la

(dalam hati,budak ni memang nak kena cubit,dahlaa aku tak berapa berani nak bawa kereta,boleh pulak suruh aku bawa dia pi jalan-jalan.Sabar jerlah)

Aku buat-buat tak layan jer,lebih kurang dalam kul 2.00 petang,dia ajak aku keluar jalan-jalan lagi.Alahai kesiannyer anak ummi,macam mana ni.Hati aku dah gundah gulana,aku berani bawa kereta pergi & balik kerja jer,nak pergi tempat lain yaaa ampun,aku betul-betul tak berani.Aku pun call en hubby,boleh pulak en hubby suruh aku bawa awish jalan-jalan,siap suruh aku g window shopping kat tesco lagi...huuaaawww mengelabah aku...

awish: mi jom jom jom la (sambil pakai kasut)

aku:kejap laa..ummi nak sembahyang zohor dulu

awish:ok (tunggu kat depan pintu)


Lebih kurang pukul 3.00 aku keluar dari umah.Sampai jer kat parking kereta

aku:Bismillahirahmanirrahim

awish:mi..cepatlah

aku:sabarlah,duduk diam-diam

awish:mi tekan minyak & break

Budak ni memang nak kena,mulut tak boleh diam,mentang-mentang laa bapaknyer selalu bagi arahan camtu time aku bawa kereta..ni dah terikut cakap bapaknyer...sabar jerlah

Akhirnyer aku berjaya jugak bawa awish jalan-jalan cari makan..Haiyaaa esok hari minggu,jangan laa ajak ummi keluar jalan-jalan lagi yer...PENAT...

Wednesday, August 25, 2010

Darwish 2 tahun

Kali ini agar kelewatan ku buat entry pasal ni
biarpun dah basi
tapi aku nak share jugak kat sini
manatahu pada masa akan datang
darwish akan membaca coretan umi yang tak seberapa ini

Pada 25/07/2010 aku buat majlis makan-makan untuk anak teruna kesayangan ku ini
Sepatutnyer besday darwish 14/06
tapi disebabkan kami sibuk
terpaksa ditangguhkan
mula-mula aku fikir tak nak buat
kebetulan mak & ayah mertua datang
aku pun memutuskan untuk mengadakan majlis makan-makan jugak

Menu pada hari tersebut ialah:

Nasi kerabu,Pulut Kuning & Kuzi ayam


Alhamdullilah
Rezeki darwish murah
Darwish dapat 2 biji kek pada hari tersebut
Terima Kasih Ibu azni & aunty Muni kerana sponsor kek untuk darwish

Ini kek yang pertama dari Ibu azni

kek kedua dari aunty Muni


Ramai jugak tetamu hadir pada hari tersebut
Terima Kasih kerana sudi datang
Antara kawan-kawan online yang sudi hadir
(Ann,Ariss,Wina,Kak Nora,Mirza,Ida,Sya...Maaf kalau ada yang tertinggal)

Wina & Kira

ayip & Abi
(ummi ayip nampak siku jer)


Aksi-Aksi Darwish semasa Potong kek










Oklaaa
aku stop dulu
bersambung dilain entry pulak



Thursday, March 25, 2010

Rindu Serindu Rindunyer


Rindunyer aku kat seseorang
Rindu yang teramat sanggat
Rindu akan suara nya
Rindu akan gelagat & aksi nya


Tak pernah aku berjauhan dengannya
Tak sabar rasanya nak berjumpa
Tak sabar nak menatap wajahnya
Tak sabar nak memeluknya


Inilah insan yang amat aku rindui
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.









Wednesday, February 10, 2010

Alahai Anak Bujang Ku

Sejak akhir-akhir ni bermacam-macam ragamlaaa anak terunaku seorang ni....
selalu jer buat ku tersenyum bila melihat aksinyer...
tak lupa jugak..sesetengah aksinyer membuat aku naik darah...

Korang tengok laa gambar ni...
baju yang dia pakai tuu..dia pilih sendiri..
baju warna lain..seluar warna lain..
nasib baik duduk kat umah jer...hehehh
sekarang ni susah..kalau nak g mana-mana..
dia mahu pakai baju pilihannyer..
geram laa jugak...
kecik-kecik dah pandai bergaya...
kalau kena gaya..aku tak kisah..
ini entah apa-apa bajulaa dia nak pakai...

Ni aksi dia nak sembahyang:

Mula-mula pakai kopiah dulu


alamak..tak nampaklaa
Kopiah ni besar ...

Angkat takbir sambil duduk...

aik..buat apa lak tuu..tertonggeng-tonggeng...


Dah Penattttttt...

Thursday, January 28, 2010

DaRwish & Bakul

Pejam celik..pejam celik..
cepatnyer masa berlalu
anak teruna ku pun dah nak mencecah 2 tahun
rasanyer baru jer bersalin
14/06 cukup laaa usianyer 2 tahun

Hari kehari ada jer aksi-aksi lucu yang mencuit hati ku
kadang-kadang ada jugak aksinyer yang bikin hatiku panas
walauapapun ku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana
dikurniakan permata hati yang sentiasa membuat diriku ceria selalu

aku sebenarnya tak der mood nak upadate blog hari ni
tapi bila aku tengok gambar darwish
membuat diri ku tersenyum


ini antara aksi-aksi darwish yang terbaru bersama bakul merahnyer:-

"yeeaaahhh dapat masuk dalam bakul"

buat-buat tdo laa pulak

"Syok jugak duduk dalam bakul ni"

"nak kuar ahhh...lengguh dah duduk dalam ni..
sempit"


Aksi diatas diambil semasa my hubby terpaksa menjaga darwish
kerana babysitter cuti

..Rumahku dah macam kapal pecah dah...




Thursday, August 20, 2009

dArwiSh & CD (Cloth Diaper)

erm jgn xtahu..aku dah mula berjinak2 pakaikan darwish dgn CD...sekarang dalam koleksi..baru ada 5 pcs...insyallah akan ku tambah koleksi CD dlm masa terdekat....huuhhh..akhirnya hajatku utk pakaikan darwish CD tercapai wlupun xsepenuhnya...

masa mula2 aku tahu pasal CD ni..aku tak tertarik langsung...rasa leceh adalah...buang masa..mcm2 laaa aku fikirkan...tp aku sendiri pun xsedar sejak bila aku mula tertarik pasal CD nih...mgkn dari pembacaan ku...passtu aku sering bertanya pasal CD ni kepada yg pakar...biasanya persoalan ku pasal CD terjawab dengan adanya http.//www.Ratuhati.com.

dari segi penerimaan hubby lak..mula2 dia pun xsetuju...dia pun berfikiran mcm aku pada awlnya..oleh sebab aku bertekad nak jgk pakaikan darwish dgn CD..akhirnya hubby ku cair gak..sekarang ni hubby lak yg beria2 pasal CD...dia yg selalu tlg pakaikan darwish CD..

erm satu lagi...dari pemerhatian aku...sebelum ni darwish mmg susah time nak pakaikan pampers...bila aku try pakaikan darwish CD...dia menyerah diri lak...kalau tak jenuh aku kejar mengejar time nak pakaikan darwish pampers :)

Thursday, July 2, 2009

wAJah-WajAh tERkiNi

Gambar ni diambik masa mgg lepas..ni semua gara2 nk masuk pertandingan "Bayi Cinta Alam" kat web kegemaran ku yg selalu ku parking hari2...tak lain dan xbukan www.ratuhati.com
aku masuk peraduan ni bukannya semata2 tertarik dengan hadiah yg ditawarkan oleh pihak pengajur....tp tanda sokongan kat web kesanyangan ku itu...kalah dan menang lain cerita..kalau menang...murah rezeki....kalau kalah..kena cuba lagi...itupun kalau ada penganjur yg nak sponsor hadiah...hik hik....pengajur untuk pertandingan ni ialah sharizals.com dan clothdiapermurah.blogspot.com..... dan mmg diakuai hadiah yg ditawarkan mmg lumayang laaa jugak....sebenarnya inilah first time aku masuk pertandingan utk anak terunaku...oklaaa kita layan dulu gambar2 yg diambik


Thursday, June 25, 2009

AKsi-aKSi DaRwiSh

ini antara aksi2 darwish masa besday party nya :

Labels

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails