Tuesday, May 31, 2011

Ulangtahun yang ke 4 Tahun

Hari ni genaplah usia perkahwinan aku & hubby yang ke 4.
Semoga rumahtangga kami diberkati olehnyer & kekal hingga akhir hayat.
Amin Ya Rabbal Alamin

 







Monday, May 9, 2011

Jangan tersalah panggil yer

Dah agak lama aku tak bercerita pasal anak bujang ku yang dah masam ni.Bulan depan genaplah dia tiga tahun.Cepatnyer masa berlalu.Rasa macam baru jer aku mengadung & melahirkan dia.Sekarang ni memang dah banyak yang dia pandai buat.Yang paling buat aku hangin,ialah menyepahkan rumah dengan permainan.Aku rasa,aku dah simpan & sembunyikan.Tapi masih banyak berkeliaran di ruang tamu rumahku. Dahlah dengan keadaan aku sekarang ni tidak mengizinkan sanggat aku mengemas rumah.Aku teramat malas .Asyik nak tidur jer.Ditambah pulak kalau pening kepala datang,melepak atas tilam la jawabnyer.

Kembali kepada tajuk yang asalnyer,sekarang ini jangan sesiapa tersalah panggil yer.Nanti tuan empunya badan mengamuk.Budak masam ini sudah pandai mengamuk kalau tersalah panggil.Kat rumah BS pun kalau sesiapa tersalah panggil pun dia marah.Sejak 2,3 menjak ini,budak masam  ni dipanggil dengan panggilan "ABANG AWISH" yer.Jangan tersalah panggil,nanti tak pasal-pasal kena sound dengan ini budak.Aku suka sanggat menggusik dia dengan memanggil AWISH,laju jer dia menjawab,"bukan awish lah,abam awish lah"..Alahai abam awish,tunggulah sampai akhir tahun ni yer ,barulah kamu dinaikkan pangkat sebagai "ABANG" Sabar yer.Harap semuanyer selamat sampai ummi bersalin yer.




















Wednesday, May 4, 2011

Kat mana nak cari yer?

Dah menghampiri 2 minggu aku mencari buah ini.Tapi tak jumpa-jumpa.Aduushhh camno nih.Time nak makan tak jumpa pulak,time tak nak makan bersepah pulak aku jumpa (uiittss tak baik lah merunggut).

Korang ada terjumpa tak buah ni pada masa sekarang?Ada member aku cakap ,sekarang bukan musim buah ni.Kalau korang ada jumpa,bagitahu aku yer,kalau setakat KL & Selangor boleh lah aku ajak hubby aku pi terjah.Kalau jauh-jauh tak kuasa laki aku nak layan.

Ini lah rupa buah yang aku tengah cari:


(Gambar dari Pakcik Google)




Labels

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails