Thursday, June 9, 2011

Seminggu dah berlalu

Hari ni cukup lah 1 minggu,anak bujang kesayangan aku balik kampung.Aku sebenarnya pun berat hati nak bagi dia balik kampung,tapi dia beria-ria nak balik,tiap-tiap hari duk sebut cik sue(adik bongsuku).Lagipun kebetulan BS dia mintak cuti 3,4 hari,tak ada orang nak jaga dia,jadi terpaksa lah aku bagi dia balik kampung.Aku mana boleh cuti pada bulan ni sebab sibuk nak close account 2010.Nak tak nak terpaksalah.Mengikut kata mak aku,Darwish sedikit pun tak hairan bila aku tiada disisinyer.Mungkin terlalu enjoy duduk kat kampung sampai tak pedulikan aku & hubby.Al maklumlah kat kampung dilayan bagaikan raja.

Bila mak aku tanya "Awish,Ummi mana"?
Dijawabnyer "Ummi kat rumah,padan muka ummi,kena tinggal (bertuah punya anak,siapa tinggal siapa)

Bila aku call dia "Awish tengah buat apa"?
Dijawabnyer "Awish sibuk lah ummi.Bye".Terus dimatikan telefon

Sekarang mulutnyer asyik pot pet pot pet.Jenuh nak melayan segala pertanyaanyer.Pada suatu hari dia ternampak moyangnyer pakai pamper.Al maklumlah dah tua,susah nak control kencing,jadi kenalah pakai pampers.Lagipun nenek aka moyang awish ni dah hampir nyayok.Kalau dia terkencing pun dia tak mengaku.

Dengan selamber jer dia pergi tegur

Awish " uuitss tak malu,pakai pampers..ha ha ha" (sambil gelak)
Moyang " ikut aku lah,aku dah tua,buat apa nak malu" (tak pasal-pasal nenek aka moyang awish terasa hati dengan teguran awish.

Alahai anak,jangan lah terlalu leser yer bila bercakap.Nanti ada pulak yang terasa hati.
(Gambar ni aku cilok dari Album anak BS )



15 comments:

IDAZS said...

heheheheheheh. budak2 mulut mmg x dpt nak control. kadang-kadang kita sebagai ibu bapa pulak yang rasa termalu dan bersalah bila anak ckp gitu kan?

awish tak rindu ummi ye? sob-sob

Miss FS said...

cutenye..haha..well, kid wont lie =p

sasha @ mumyalya said...

hehe..ni mmg tgh tahap diorang petah2 kot..alya tu kalau nak sound orang pon selamba aje..hihi
wah..makin encem menantu gue.. ;)

♥Mrs.Eady♥ said...

adeess....cute la abg nie :)

ramizah said...

alahai....tersenyum je baca...laser mulut ek..hihihihi..

Farra Dhelina said...

rindu kan bila berpisah dr anak ni.. nsb kg sy dekat je.. hehe

ashra said...

comel je situasi budak dan orang tua..
mmg kena gaya lah kan kalu disatukan =p

awish kaco2 moyang eh..hehe

nuyue said...

ida
betul tu..sbb apa yang diaorg ckp,diaorng xreti fikir lagi samada perkataan yang diucapkan tu mengjiris perasaan orang lain

*************************************

pG
betul kata mu...budak xreti nak nipu..apa yang diucapkan adalah ikhlas

***********************************
sha
kadang-kadang aku terfikir jugak,budak2 sekarang ni sggh becok & cerdik jer bila bercakap,mengalahkan orang tua

***********************************

izwa
ada peluang tak nak jadi menantu?heheh

***********************************

ramizah
sejak akhir2 ni abam awish makin laser tau..sbb dah pandai susun banyak perkataan

***********************************

farra
memang rindu yang teramat sggt...dahlah kg ku jauh..kalau dekat,tiap2 mgg confirm i balik kg..

***********************************

ash
mmg elok benarlah..cicit & moyang berlawan cakap..sbb perangai diorang pun lebih kurang jer..heheh

risa said...

hamboi!!!!! makin encem nantu den neh..ish ish ish

Murni Delights said...

betul la lain benar uper awish makin handsome..he..he

ummu said...

assalamualaikum Nuyue
apa khabar? semoga Nuyue sekeluarga sihat2 saje.
wah, mesti darwish ni ramah.kanak2 selalunya, jujur dalam berbcara.
selamat menyambut ramadan untuk Nuyue

Fieza said...

salam perkenalan...br jd follower...follow me back yer...http://mystorymory2u.blogspot.com/....tq

Outbound di malang said...

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Labels

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails