Tuesday, March 15, 2011

Alahai Anak

Asal ambik lambat jer pasti meragam,meragam & meragam..Penatlah aku macam ni (uiitss tak baik la mengeluh).Ini kisah anak bujang aku.Asal ambik lambat jer kat umah BS confirm akan mengamuk samada sepanjang jalan nak balik umah @ akan berlakulah adegan nak naik tangga.Al maklumla umah aku tingkat 3,tiada kemudahan lif,jadi berjanggut la nak tunggu anak bujang ni naik tangga.(agaknyer bila lah rezeki kami nak ada umah sendiri ni,penat tau hari-hari panjat tangga...merunggut lagi)

Bila aku nak dukung dia,tak mahu pulak,tapi mulut nyer bising "Mi penat lah".Bikin aku angin jer ini budak..Macam semalam,aku terpaksa balik lambat,sebab hujan lebat yang teramat sanggat.Aku tak berani nak drive,jadi aku melepaklah kat opis sampai 6.45 pm.Hujan dah berhenti barulah aku balik.

Sampai umah BS dah pukul 7.30 pm,masa tu elok lagi lah peragai anak bujang aku ini.Bila masuk dalam kerata jer mula lah buat peragai,nak handphone,lepas tu nak main game la,macam-macam lah.Dah la aku puasa semalam.Ingat nak beli jer nasi bungkus,tapi bila si bujang ni buat perangai malas la pulak nak berhenti beli nasi.Dalam hati aku makan jer apa yang ada kat umah.Tak sanggup rasanyer nak berhenti kedai,kang lain pulak jadinyer.

Sampai jer kat tangga,dia main-main,tak nak naik.Aku tengok jam dah pukul 7.45 pm..Ayo yo yo,aku belum berbuka puasa lagi,si bujang ni duk main naik tangga turun tangga.Aduushhh betul-betul menguji kesabaran aku.Apa lagi tangan ku terasa ringan jer nak cubit si bujang ni "awish cepat naik,kang ummi cubit"dia boleh pulak menjawab "awish nak cubit ummi" (sambil cubit tangan aku)

Rasanyer dekat pukul 8.15 pm,baru lah aku sampai kat tingkat 3,fuuhhh cepat-cepat aku ke dapur,minum air,si bujang ku tiba-tiba melalak,dia marah kat aku sebab aku tak tunggu dia (siapa suruh main-main) Lepas jer aku tutup pintu dia melalak lagi,makin menjadi-jadi pulak siap tendang-tendang pintu lagi..Alahai anak...sabar jer laaa haku..

Letih jugak kan nak melayan anak-anak time dia meragam ni,ditambah pulak kalau time kita balik kerja,dah la penat seharian kat opis.Aku baru ada sorang anak,kalau ramai-ramai agaknyer aku boleh jadi tarzan moden kut...heheh


6 comments:

ayukhairy said...

nuyue, hehe..mmg penat kan..tak pe la nuyue..layan je la kerenah dia..nnt bila nak tambah anak lagi, mesti akan rasa kesian plak kat anak sulung..

ParkAir said...

he..he.. pandai ngaju dih. upah coki2 la baru x ngaju.

nuyue said...

ayu
itu laaa..bila dia dah besar..confirm akan rindu kerenah dia kan...

par air
hoohlaaa...pandai ngaju..lonnie pok nik kelik lambat lagi laa haru nak layan time dia ngamuk

IDAZS said...

alahai, budak-budak aklau start ngamuk mmg payah nak benti. kadang-kadang hilang juga kesabarannya.

dugaan membesarkan anak

Awish, jgn ngamuk-ngamuk yea, jom kita g jalan-jalan :)

Princess Hippiey said...

dia nk amek perhatian ummi dia... dat why gitu..

alin said...

waahhh...nakal sungguh itu anak..hhihihi..mmg menguji kesabaran sungguh ek lagi2 mase puasa.. :)

Labels

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails