Friday, April 29, 2011

Hari-hari saya mahu

Cuba korang teka?Hari-hari saya mahu apa?Kalau betul saya bagi hadiah penginapan buat selamanya-lamanyer dirumah anda sampai anda puas hati.Heheheh.Apa yang aku merepek ni.Al maklumlah kepala aku tengah ting tong sekarang,kerap sanggat pening sejak kebelakangan  ni.Kali ini agak berbeza dari sebelum ini.Inilah yang dikatakan lain anak,lainlah pembawakannyer.Kali ni aku tak muntah,cuma loya-loya & pening jer.Pening ni yang buat aku tak tahan,sebab ia datang tak mengira waktu,kalau kat opis,aku tidur kejap,kalau masa bawa kereta pun aku pernah pening kepala,terasa hanyut jer.Bahayakan.Aku berharap sanggat,pening kepalaku ini cepatlah berlalu,tak sanggup & malu dekat staff kat opis ni sebab aku asyik tertidur jer.Memang diaorang faham akan situasi aku,tapi aku pulak yang naik malu.Tapi kalau pening kepalaku datang aku dah tak fikir apa dah,janji dapat tidur jer..hehheh..

Oklah..
Korang nak tahu,apa yang aku mahu..
 Tiap-tiap hari aku mesti minum & makan benda ni
Kalau tak dapat satu hari,aku rasa cam tak aman jer hidup ku ini 


Hanya jus oren ni yang aku mahu
Satu hari,satu kotak
kayo lah pak cik&mak cik marigold
Kalau kasi jenama yang lain aku tak minum



(Gambar ni aku cilok jer kat Marigold punya website)



&
Buah oren
Satu hari,aku belasah 2,3 bijik


(Cilok kat Pakcik Google)


Lepas makan & minum jer benda-benda kat atas aku terasa tersanggatlah puas..hehehh
Okalah aku stop dulu



6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

selera ibu ngandung :)

IDAZS said...

tukar selera. hikhikhik.. tp jgnlah mkn buah oren tu byk sgt, kot2 msm susah juga :)

sasha @ mumyalyaqil said...

hehe..pembawakan budak kot nak masam2 :p
tapikan,jgn byk sgt la nuyue..mu perut jgn kosong time makan oren naa :)

risa said...

uihhh...kalo oren cenggitu akak yg takdo isi pon tergedik2 nak minum dan makan hehehe
semoga cepat2 berlalu morning sickness tu ye

ayukhairy said...

nuyue, teringin nak morning sickness..hehe..sbb ayu punya stail dah 2 kali pregnant mmg evening sickness...peel fresh tu mmg wajib la diminum tiap2 petang utk elak loya2..

mmm, nuyue boleh try kismis ke, badam ke kalau rasa nak loya2 tu..

Murni Delights said...

wah sedapnyer... he..he
tak pe selera ibu mgandung...

Labels

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails