Friday, April 29, 2011

Hari-hari saya mahu

Cuba korang teka?Hari-hari saya mahu apa?Kalau betul saya bagi hadiah penginapan buat selamanya-lamanyer dirumah anda sampai anda puas hati.Heheheh.Apa yang aku merepek ni.Al maklumlah kepala aku tengah ting tong sekarang,kerap sanggat pening sejak kebelakangan  ni.Kali ini agak berbeza dari sebelum ini.Inilah yang dikatakan lain anak,lainlah pembawakannyer.Kali ni aku tak muntah,cuma loya-loya & pening jer.Pening ni yang buat aku tak tahan,sebab ia datang tak mengira waktu,kalau kat opis,aku tidur kejap,kalau masa bawa kereta pun aku pernah pening kepala,terasa hanyut jer.Bahayakan.Aku berharap sanggat,pening kepalaku ini cepatlah berlalu,tak sanggup & malu dekat staff kat opis ni sebab aku asyik tertidur jer.Memang diaorang faham akan situasi aku,tapi aku pulak yang naik malu.Tapi kalau pening kepalaku datang aku dah tak fikir apa dah,janji dapat tidur jer..hehheh..

Oklah..
Korang nak tahu,apa yang aku mahu..
 Tiap-tiap hari aku mesti minum & makan benda ni
Kalau tak dapat satu hari,aku rasa cam tak aman jer hidup ku ini 


Hanya jus oren ni yang aku mahu
Satu hari,satu kotak
kayo lah pak cik&mak cik marigold
Kalau kasi jenama yang lain aku tak minum



(Gambar ni aku cilok jer kat Marigold punya website)



&
Buah oren
Satu hari,aku belasah 2,3 bijik


(Cilok kat Pakcik Google)


Lepas makan & minum jer benda-benda kat atas aku terasa tersanggatlah puas..hehehh
Okalah aku stop dulu



Monday, April 25, 2011

Rezeki :)

Jeng 
Jeng
Jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
 .
 .
.







Monday, April 18, 2011

Tercium Buntut

Dah menghampiri dua minggu peristiwa itu berlalu.Baru aku berpeluang nak update entry kat sini.Terima kasih kepada kawan-kawan yang tertanya-tanya apa yang berlaku pada hari tersebut.Tempoh hari mood aku tak berapa ok.Jadi aku malas nak share dengan korang semua.

Pada 05 April 2011.Aku macam biasa ,bersiap-siap nak pergi kerja.Pagi tu aku suruh my hubby hantar darwish ke rumah babysitter.Sebelum aku masuk dalam kereta,PA boss call tanya aku kat mana.Lebih kurang 5 minit lepas tu PA boss call aku lagi.Masa tu aku dah berada dalam kereta,baru nak undur untuk keluar parking.Aku tak tahu mana silapnyer,gedeeeebuuuummmmm....aku tercium buntut BMW..Ya allah pada saat tu aku rasa cam nak pitam.Al maklumlah aku baru jer berani bawa kereta.Bila terjadi macamni aku kaku seketika.Lama jugak la aku diam sebelum alihkan kereta aku ketempat lain.

Lepas tu aku terus call my hubby.Alamak ,dia tak angkat phone.Banyak kali jugak la cuba call dengan tanganku yang menggeletar,akhirnyer dia jawab jugak.nasib baik lah my hubby tak masuk highway lagi.Kalau tak jenuh la aku nak menunggu dia.Aku tak berani keluar kereta.Aku tunggu sampai hubby aku datang.

Dalam hati,terfikir-fikir camno aku boleh tercium,memang kawasan parking umah aku tidak rata,ada yang berbukit & ada yang rata.Tengah duk syok fikir-fikir,hubby aku pun sampai,aku pun turun dari kereta..ALAMAK kemek nyer kereta aku.Macamana aku nak pergi kerja.Tak sanggup eh nak bawa kereta sedemikian rupa.Nasib baik my hubby tak bebel.Kalau dia marah & bebel ,confirm aku tak berani nak bawa kereta lagi.Satu jer yang aku ingat,my hubby perli "Apasal honey pi cium buntut mahal"

My hubby pun pi tanya jiran,siapakah gerangan pemilik kereta BMW.Aku dah berdebar time nih.Confirm aku kena sumpah seranah dengan pemilik kereta BMW tu.Dalam hati ni tak henti-henti berselawat.Dalam 5 minit menunggu pemilik BMW,akhirnyer muncul la seorang pompuan melayu.Aku terus pi mintak maaf dengan dia,sebab tak sengaja tercium.Nasib aku sungguh baik.Pompuan tu tak marah kan aku .Dia cuma cakap "Tak apalah benda dah nak jadi".Selepas bertukar-tukar no phone aku terus ajak hubby pi repair kereta.Al maklumlah kereta malaysia(bukan nak kutuk yer tapi kenyataan)aku rasa tak derlah kuat mana pun aku cium,tapi kereta ku kemek yang teramat sanggat.Kereta BMW cuma pecah lampu belakang jer.

Kalau korang baca entry sebelum ni,ada aku bagitahu pasal alamat kan?Sebelum kejadian tu berlaku,2 hari berturut-turut masa aku nak datang kerja aku terserempat dengan lori yang tarik kenderaan eksident @ rosak.2 hari turut-turut aku cuba potong lori tersebut,bila aku potong lori tu,lori tu potong aku balik.Dalam hati jangan lah kejadian yang tak diingini berlaku kepadaku.Bila aku fikir balik,kereta aku sama kemek dengan kereta yang aku saksikan selama 2 hari turut-turut itu.Sudah banyak kali,jika sesuatu perkara buruk nak terjadi confirm aku akan dapat alamatnyer.

Bulan ni melayan-layan la duit ku terbang kerana baiki kereta ciut ku itu.Kalau menda tu tak terjadi,duit tu bolehlah kitaornag pergi bercuti...Tak apalah ada hikmat disebalik kejadian.Nasib baik aku tak fobia untuk bawa kereta.


Tuesday, April 5, 2011

Hari yang malang


Ya allah..apa dah jadi hari ni.Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang tak kena dengan diri ku ini.Untuk pengetahuan korang semua,hari ni adalah hari yang betul-betul malang bagi diriku.Aku nak share dengan korang pun ,mood aku dah entah kemana.Sedih pun ada,menyesal pun ada..Sewaktu aku update blog ini,setitik air pun belum membasahi tengkak aku.Asyik teringat peristiwa yang berlaku pagi tadi.Adooii bulan ni duit ku melayan-layang lagi laa gamaknyer.

Aku pun tak pasti,firasat aku ini betul @ tak,kalau ada benda-benda buruk yang bakal terjadi.Confirm aku akan dapat alamatnyer 2,3 hari sebelum tu.Banyak kali dah aku berperasaan macam ni,tapi memang hakikatnyer,selepas dapat alamat itu,benda buruk akan terjadi dalam hidup ku.

Korang pernah tak alaminyer?.Maksudnyer sebelum sesuatu kejadian buruk terjadi korang dapat rasa ada benda yang tak elok akan terjadi pada korang.kalau ada,meh laa share kat sini.

Erm bila mood aku dah ok.Aku akan share dengan korang yer apa yang sebenarnya terjadi pada hari ni.


Labels

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails