Thursday, March 31, 2011

Anak siapa nih?

Sedang merenung masa depan



Toleh kanan kejap..
fuuhhh line clear..
Apasal tak der awek yang cun-cun kat sini



Alaaaa...kacau lah ummi ni
awish baru jer berangan nak ngorat anak dara orang



Merajuk ahhh
Ummi kacau..Nak bawa diri lah


haiyoooo
apa nih...
baik awish lari



Alamak
ombak kejar awishlah
tak jadi lah nak melarikan diri dari ummi
"mi..mi... mi..tolong awish...ombak kejar awish"


Fuuuhhhh..selamat
penat tau lari dari ombak



ok..
Stop dahulu
Bersambung entry seterusnyer

Saturday, March 26, 2011

PRECIOUS HUMAIRAH IN THE HOUSE

STICKY POST



Dah agak lama aku tak join mana-mana contest yer..
Ini kira contest yang pertama aku join bagi tahun 2011...
Moga-moga adalah rezeki untuk kami yer...

Kali ni aku tertarik nak join contest yang dianjurkan oleh Mrs.aisheiteru
harap-harap sempat lagi la yer..

Syarat-syaratnyer ialah:

1. Buat Sticky Post till 25 Mac 2011 Title "Precious Humairah In The House" and jgn lupa link sekali.


3. Letakkan photo 'Mama & Baby' . jgn lupa details : baby's name, date of birth, age.

4. Tag 3 of your friends

5. Leave ur link at comments box

Mudah jer kan syarat-syaratnyer..jom reramai join..

Ini gambar yang aku pertaruhkan:


Nama: Nik Muhammad Darwish Bin Nik Zulkhairi
D.O.B: 14 Jun 2008
Umur: 2 Tahun 9 Bulan (Layak lagi ker nak join ni)

Tag 3 Friends:
1.Kak risa
2. Sasha
3. Wina



Tuesday, March 15, 2011

Alahai Anak

Asal ambik lambat jer pasti meragam,meragam & meragam..Penatlah aku macam ni (uiitss tak baik la mengeluh).Ini kisah anak bujang aku.Asal ambik lambat jer kat umah BS confirm akan mengamuk samada sepanjang jalan nak balik umah @ akan berlakulah adegan nak naik tangga.Al maklumla umah aku tingkat 3,tiada kemudahan lif,jadi berjanggut la nak tunggu anak bujang ni naik tangga.(agaknyer bila lah rezeki kami nak ada umah sendiri ni,penat tau hari-hari panjat tangga...merunggut lagi)

Bila aku nak dukung dia,tak mahu pulak,tapi mulut nyer bising "Mi penat lah".Bikin aku angin jer ini budak..Macam semalam,aku terpaksa balik lambat,sebab hujan lebat yang teramat sanggat.Aku tak berani nak drive,jadi aku melepaklah kat opis sampai 6.45 pm.Hujan dah berhenti barulah aku balik.

Sampai umah BS dah pukul 7.30 pm,masa tu elok lagi lah peragai anak bujang aku ini.Bila masuk dalam kerata jer mula lah buat peragai,nak handphone,lepas tu nak main game la,macam-macam lah.Dah la aku puasa semalam.Ingat nak beli jer nasi bungkus,tapi bila si bujang ni buat perangai malas la pulak nak berhenti beli nasi.Dalam hati aku makan jer apa yang ada kat umah.Tak sanggup rasanyer nak berhenti kedai,kang lain pulak jadinyer.

Sampai jer kat tangga,dia main-main,tak nak naik.Aku tengok jam dah pukul 7.45 pm..Ayo yo yo,aku belum berbuka puasa lagi,si bujang ni duk main naik tangga turun tangga.Aduushhh betul-betul menguji kesabaran aku.Apa lagi tangan ku terasa ringan jer nak cubit si bujang ni "awish cepat naik,kang ummi cubit"dia boleh pulak menjawab "awish nak cubit ummi" (sambil cubit tangan aku)

Rasanyer dekat pukul 8.15 pm,baru lah aku sampai kat tingkat 3,fuuhhh cepat-cepat aku ke dapur,minum air,si bujang ku tiba-tiba melalak,dia marah kat aku sebab aku tak tunggu dia (siapa suruh main-main) Lepas jer aku tutup pintu dia melalak lagi,makin menjadi-jadi pulak siap tendang-tendang pintu lagi..Alahai anak...sabar jer laaa haku..

Letih jugak kan nak melayan anak-anak time dia meragam ni,ditambah pulak kalau time kita balik kerja,dah la penat seharian kat opis.Aku baru ada sorang anak,kalau ramai-ramai agaknyer aku boleh jadi tarzan moden kut...heheh


Wednesday, March 9, 2011

Siapa Mahu Side Income Lebih..Jom Jom Jom

Orang lain dah heboh satu kampung.Aku baru jer terhenggeh-henggeh.Itu lah akibatnyer sebab dah lama tak update blog.Tadi sewaktu aku Blogwalking,terjumpa lah pasal ini kat blog Qi ya.Korang pernah dengar tak pasal Hearbeat.Ianyer lebih kurang cam nuffnang la jugak.Oklah kat sini aku letakkan cara-cara nak letak iklan Hearbeat.

FOLLOW THIS STEP BELOW

1. Mula mula klik iklan banner aku kat atas
dulu untuk ke website diorang.

2. Then klik Icon Hearbeat seperti yang dibulatkan
tu.

3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan.


4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue.



5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah dibawah.


6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan dibawah) then isi kesemua maklumat yang diperlukan.



7. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda. tick i agree and then klik continue.
8. Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah)





9.
Copy Code yang anda kehendaki (bertanda merah bulat), ikut korang lah nak letak dia kat mana. kat sidebar ke. kat top sidebar ke. copy code yang sesuai ya.

10. Kalau nak check berapa earning korang. boleh Klik My HB!Affiliate



11. So lepas dah copy tu, macam biasa lah. Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript > paste kan code yang korang dah dapat tadi > save.
Then letaklah kat mana korang rasa orang lain senang nak
klik. :)




Kredit untuk Qi Ya

Tuesday, March 8, 2011

MELUR JELITA DATANG...JENG JENG JENG!


Haiyaaa..hampir-hampir dah terlupa.Ampun yer kakak ku yang jelitasss lagi tertawan.Jangan marah yer kakak ku caayang.Nanti kena jual...He he he he

Oklah siapa-siapa nak join.Ini syarat-syarat melur jelita :

1. Banner Melurjelita.com.

Letak di side bar blog anda.

2. Tajuknya MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!

3. Kalau dah buat atau nak sertai segmen ini…tinggalkan komen dan link anda di entry ini ya.

Tinggalkan di sini ya. jangan di entry lain atau di shoutbox…saya geget nanti..hehehe

4. terbuka kepada semua bloggers, Jelitawans atau Mr Jelitawans

5. Wajib letak link Melurjelita.com di bloglist anda. Saya juga akan letak link blog anda di bloglist saya.

6. Tarikh tutup 15 mac 2011

Itu sahaja syarat-syaratnyer.Mudahkan.Jom join beramai-ramai

Friday, March 4, 2011

Siapakah Gerangan ini Budak?

Ini budak memang nak kena ketuk kepala
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Semalam aku MC.Gara-gara aku pening kepala.Tak larat nak masuk ofis,jadi aku dengan awish pun membuta tanpa gangguan kat rumah sampai pukul 11.00 pagi baru bangun.Bila dah bangun,laju jer dia nak mandi,aku pun mandikan dia,lepas tu aku pakaikan pamper,aku letak baju awish kat atas tilam.Aku pun pergi laa mandi.

Bila aku keluar jer dari toilet,aku tengok dia dah siap pakai baju & seluar.

aku:aik tadi ummi suruh awish pakai baju lain,kenapa pakai baju ni?

awish:aju ni encem (baju ni hensem)

aku:nak pergi mana pakai baju hensem?

awish:jom jom jom (ajak jalan)

aku:nak pergi dengan apa?

awish:naik keta

aku:siapa bawa?

awish:ummi la

(dalam hati,budak ni memang nak kena cubit,dahlaa aku tak berapa berani nak bawa kereta,boleh pulak suruh aku bawa dia pi jalan-jalan.Sabar jerlah)

Aku buat-buat tak layan jer,lebih kurang dalam kul 2.00 petang,dia ajak aku keluar jalan-jalan lagi.Alahai kesiannyer anak ummi,macam mana ni.Hati aku dah gundah gulana,aku berani bawa kereta pergi & balik kerja jer,nak pergi tempat lain yaaa ampun,aku betul-betul tak berani.Aku pun call en hubby,boleh pulak en hubby suruh aku bawa awish jalan-jalan,siap suruh aku g window shopping kat tesco lagi...huuaaawww mengelabah aku...

awish: mi jom jom jom la (sambil pakai kasut)

aku:kejap laa..ummi nak sembahyang zohor dulu

awish:ok (tunggu kat depan pintu)


Lebih kurang pukul 3.00 aku keluar dari umah.Sampai jer kat parking kereta

aku:Bismillahirahmanirrahim

awish:mi..cepatlah

aku:sabarlah,duduk diam-diam

awish:mi tekan minyak & break

Budak ni memang nak kena,mulut tak boleh diam,mentang-mentang laa bapaknyer selalu bagi arahan camtu time aku bawa kereta..ni dah terikut cakap bapaknyer...sabar jerlah

Akhirnyer aku berjaya jugak bawa awish jalan-jalan cari makan..Haiyaaa esok hari minggu,jangan laa ajak ummi keluar jalan-jalan lagi yer...PENAT...

Tuesday, March 1, 2011

Message yang Merepek

Minggu ini aku terlebih rajin sikit nak update blog.Tapi tak der cerita yang best pun nak kongsi kat sini.Diharap jangan ada yang muntah yer bila baca entry yang merepek ni

Alang-alang aku tak der idea.Aku baru jer terima message yang merepek..Tentu kalian pernah terima message yang merepek kan.Rasa angin satu badan jerkan bila terima message yang entah apa-apa.Ni message yang aku baru terima.(Sebenarnya dah banyak kali terima message dari power root yang klon ni)


Congratulation
your sim-card berjaya menangi
RM 17,000.00
From "Power Root Sdn Bhd"
No seri:778899
Sila dial Office 0145538637
ORIGINAL


Aku yang gatal tangan ni terus reply :PENIPU

Ni ada satu lagi message yang aku terima.Message ni aku anggap kelakar laa jugak.Time tu aku balik cuti CNY.Tengah sakan berborak dengan ayah aku.Tup tup tup ada message masuk,bila aku buka jer message tersebut

Ni ayah guna fon police
tolong bagi credit maxis 50 ringgit
ke nombor baru ayah 0128103692
Ayah lagi ada masalahkat balai Police
Tak payah call,sekejap ayah call

Yang ni pun aku gatal tangan jugak reply:

KEPALA OTAK HANG,AYAH AKU ADA DEPAN MATA AKU NI.BODOH...PENIPU..NAK AKU HANTAR KAU KE BALAI POLICE KER?


Aku harap jangan laa ada yang terkena dengan taktik-taktik kotor ni yer.

P/s:Entry lepas geram.Sekian terima kasih




Labels

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails