Thursday, June 9, 2011

Seminggu dah berlalu

Hari ni cukup lah 1 minggu,anak bujang kesayangan aku balik kampung.Aku sebenarnya pun berat hati nak bagi dia balik kampung,tapi dia beria-ria nak balik,tiap-tiap hari duk sebut cik sue(adik bongsuku).Lagipun kebetulan BS dia mintak cuti 3,4 hari,tak ada orang nak jaga dia,jadi terpaksa lah aku bagi dia balik kampung.Aku mana boleh cuti pada bulan ni sebab sibuk nak close account 2010.Nak tak nak terpaksalah.Mengikut kata mak aku,Darwish sedikit pun tak hairan bila aku tiada disisinyer.Mungkin terlalu enjoy duduk kat kampung sampai tak pedulikan aku & hubby.Al maklumlah kat kampung dilayan bagaikan raja.

Bila mak aku tanya "Awish,Ummi mana"?
Dijawabnyer "Ummi kat rumah,padan muka ummi,kena tinggal (bertuah punya anak,siapa tinggal siapa)

Bila aku call dia "Awish tengah buat apa"?
Dijawabnyer "Awish sibuk lah ummi.Bye".Terus dimatikan telefon

Sekarang mulutnyer asyik pot pet pot pet.Jenuh nak melayan segala pertanyaanyer.Pada suatu hari dia ternampak moyangnyer pakai pamper.Al maklumlah dah tua,susah nak control kencing,jadi kenalah pakai pampers.Lagipun nenek aka moyang awish ni dah hampir nyayok.Kalau dia terkencing pun dia tak mengaku.

Dengan selamber jer dia pergi tegur

Awish " uuitss tak malu,pakai pampers..ha ha ha" (sambil gelak)
Moyang " ikut aku lah,aku dah tua,buat apa nak malu" (tak pasal-pasal nenek aka moyang awish terasa hati dengan teguran awish.

Alahai anak,jangan lah terlalu leser yer bila bercakap.Nanti ada pulak yang terasa hati.
(Gambar ni aku cilok dari Album anak BS )



Tuesday, May 31, 2011

Ulangtahun yang ke 4 Tahun

Hari ni genaplah usia perkahwinan aku & hubby yang ke 4.
Semoga rumahtangga kami diberkati olehnyer & kekal hingga akhir hayat.
Amin Ya Rabbal Alamin

 







Monday, May 9, 2011

Jangan tersalah panggil yer

Dah agak lama aku tak bercerita pasal anak bujang ku yang dah masam ni.Bulan depan genaplah dia tiga tahun.Cepatnyer masa berlalu.Rasa macam baru jer aku mengadung & melahirkan dia.Sekarang ni memang dah banyak yang dia pandai buat.Yang paling buat aku hangin,ialah menyepahkan rumah dengan permainan.Aku rasa,aku dah simpan & sembunyikan.Tapi masih banyak berkeliaran di ruang tamu rumahku. Dahlah dengan keadaan aku sekarang ni tidak mengizinkan sanggat aku mengemas rumah.Aku teramat malas .Asyik nak tidur jer.Ditambah pulak kalau pening kepala datang,melepak atas tilam la jawabnyer.

Kembali kepada tajuk yang asalnyer,sekarang ini jangan sesiapa tersalah panggil yer.Nanti tuan empunya badan mengamuk.Budak masam ini sudah pandai mengamuk kalau tersalah panggil.Kat rumah BS pun kalau sesiapa tersalah panggil pun dia marah.Sejak 2,3 menjak ini,budak masam  ni dipanggil dengan panggilan "ABANG AWISH" yer.Jangan tersalah panggil,nanti tak pasal-pasal kena sound dengan ini budak.Aku suka sanggat menggusik dia dengan memanggil AWISH,laju jer dia menjawab,"bukan awish lah,abam awish lah"..Alahai abam awish,tunggulah sampai akhir tahun ni yer ,barulah kamu dinaikkan pangkat sebagai "ABANG" Sabar yer.Harap semuanyer selamat sampai ummi bersalin yer.




















Wednesday, May 4, 2011

Kat mana nak cari yer?

Dah menghampiri 2 minggu aku mencari buah ini.Tapi tak jumpa-jumpa.Aduushhh camno nih.Time nak makan tak jumpa pulak,time tak nak makan bersepah pulak aku jumpa (uiittss tak baik lah merunggut).

Korang ada terjumpa tak buah ni pada masa sekarang?Ada member aku cakap ,sekarang bukan musim buah ni.Kalau korang ada jumpa,bagitahu aku yer,kalau setakat KL & Selangor boleh lah aku ajak hubby aku pi terjah.Kalau jauh-jauh tak kuasa laki aku nak layan.

Ini lah rupa buah yang aku tengah cari:


(Gambar dari Pakcik Google)




Friday, April 29, 2011

Hari-hari saya mahu

Cuba korang teka?Hari-hari saya mahu apa?Kalau betul saya bagi hadiah penginapan buat selamanya-lamanyer dirumah anda sampai anda puas hati.Heheheh.Apa yang aku merepek ni.Al maklumlah kepala aku tengah ting tong sekarang,kerap sanggat pening sejak kebelakangan  ni.Kali ini agak berbeza dari sebelum ini.Inilah yang dikatakan lain anak,lainlah pembawakannyer.Kali ni aku tak muntah,cuma loya-loya & pening jer.Pening ni yang buat aku tak tahan,sebab ia datang tak mengira waktu,kalau kat opis,aku tidur kejap,kalau masa bawa kereta pun aku pernah pening kepala,terasa hanyut jer.Bahayakan.Aku berharap sanggat,pening kepalaku ini cepatlah berlalu,tak sanggup & malu dekat staff kat opis ni sebab aku asyik tertidur jer.Memang diaorang faham akan situasi aku,tapi aku pulak yang naik malu.Tapi kalau pening kepalaku datang aku dah tak fikir apa dah,janji dapat tidur jer..hehheh..

Oklah..
Korang nak tahu,apa yang aku mahu..
 Tiap-tiap hari aku mesti minum & makan benda ni
Kalau tak dapat satu hari,aku rasa cam tak aman jer hidup ku ini 


Hanya jus oren ni yang aku mahu
Satu hari,satu kotak
kayo lah pak cik&mak cik marigold
Kalau kasi jenama yang lain aku tak minum



(Gambar ni aku cilok jer kat Marigold punya website)



&
Buah oren
Satu hari,aku belasah 2,3 bijik


(Cilok kat Pakcik Google)


Lepas makan & minum jer benda-benda kat atas aku terasa tersanggatlah puas..hehehh
Okalah aku stop dulu



Monday, April 25, 2011

Rezeki :)

Jeng 
Jeng
Jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
 .
 .
.







Monday, April 18, 2011

Tercium Buntut

Dah menghampiri dua minggu peristiwa itu berlalu.Baru aku berpeluang nak update entry kat sini.Terima kasih kepada kawan-kawan yang tertanya-tanya apa yang berlaku pada hari tersebut.Tempoh hari mood aku tak berapa ok.Jadi aku malas nak share dengan korang semua.

Pada 05 April 2011.Aku macam biasa ,bersiap-siap nak pergi kerja.Pagi tu aku suruh my hubby hantar darwish ke rumah babysitter.Sebelum aku masuk dalam kereta,PA boss call tanya aku kat mana.Lebih kurang 5 minit lepas tu PA boss call aku lagi.Masa tu aku dah berada dalam kereta,baru nak undur untuk keluar parking.Aku tak tahu mana silapnyer,gedeeeebuuuummmmm....aku tercium buntut BMW..Ya allah pada saat tu aku rasa cam nak pitam.Al maklumlah aku baru jer berani bawa kereta.Bila terjadi macamni aku kaku seketika.Lama jugak la aku diam sebelum alihkan kereta aku ketempat lain.

Lepas tu aku terus call my hubby.Alamak ,dia tak angkat phone.Banyak kali jugak la cuba call dengan tanganku yang menggeletar,akhirnyer dia jawab jugak.nasib baik lah my hubby tak masuk highway lagi.Kalau tak jenuh la aku nak menunggu dia.Aku tak berani keluar kereta.Aku tunggu sampai hubby aku datang.

Dalam hati,terfikir-fikir camno aku boleh tercium,memang kawasan parking umah aku tidak rata,ada yang berbukit & ada yang rata.Tengah duk syok fikir-fikir,hubby aku pun sampai,aku pun turun dari kereta..ALAMAK kemek nyer kereta aku.Macamana aku nak pergi kerja.Tak sanggup eh nak bawa kereta sedemikian rupa.Nasib baik my hubby tak bebel.Kalau dia marah & bebel ,confirm aku tak berani nak bawa kereta lagi.Satu jer yang aku ingat,my hubby perli "Apasal honey pi cium buntut mahal"

My hubby pun pi tanya jiran,siapakah gerangan pemilik kereta BMW.Aku dah berdebar time nih.Confirm aku kena sumpah seranah dengan pemilik kereta BMW tu.Dalam hati ni tak henti-henti berselawat.Dalam 5 minit menunggu pemilik BMW,akhirnyer muncul la seorang pompuan melayu.Aku terus pi mintak maaf dengan dia,sebab tak sengaja tercium.Nasib aku sungguh baik.Pompuan tu tak marah kan aku .Dia cuma cakap "Tak apalah benda dah nak jadi".Selepas bertukar-tukar no phone aku terus ajak hubby pi repair kereta.Al maklumlah kereta malaysia(bukan nak kutuk yer tapi kenyataan)aku rasa tak derlah kuat mana pun aku cium,tapi kereta ku kemek yang teramat sanggat.Kereta BMW cuma pecah lampu belakang jer.

Kalau korang baca entry sebelum ni,ada aku bagitahu pasal alamat kan?Sebelum kejadian tu berlaku,2 hari berturut-turut masa aku nak datang kerja aku terserempat dengan lori yang tarik kenderaan eksident @ rosak.2 hari turut-turut aku cuba potong lori tersebut,bila aku potong lori tu,lori tu potong aku balik.Dalam hati jangan lah kejadian yang tak diingini berlaku kepadaku.Bila aku fikir balik,kereta aku sama kemek dengan kereta yang aku saksikan selama 2 hari turut-turut itu.Sudah banyak kali,jika sesuatu perkara buruk nak terjadi confirm aku akan dapat alamatnyer.

Bulan ni melayan-layan la duit ku terbang kerana baiki kereta ciut ku itu.Kalau menda tu tak terjadi,duit tu bolehlah kitaornag pergi bercuti...Tak apalah ada hikmat disebalik kejadian.Nasib baik aku tak fobia untuk bawa kereta.


Labels

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails