Friday, March 26, 2010

Tag Sepuluh dari Sasha & Kak Fiza


Ye ye ye ye..dapat tag lagi....sukanya...tag ini datangnyer dari sasha & kak fiza..terima kasih untuk korang berdua...

Untuk jawab tag ini ada caranyer..

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya (jadi saya akan mengguna kan bahasa ibunda saya sepenuhnya)

[1] Siapakah diri anda di rumah?

* Isteri kepada Nik Zulkhairi
* Ummi kepada Nik Muhammad Darwish
* Anak sulung daripada 7 adik beradik
* Anak kepada Encik Mohd Zainu & Puan Rohana


[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

* seorang yang peramah
* seorang yang baik hati
* seorang yang setia pada sahabat
* seorang pendegar yang setia

(eerrmmmm..jangan marah yer... semua ayat diatas adalah ayat syok sendiri...terpulanglaaa kepada rakan-rakan ku sekelian untuk menilai siapakah diriku yang sebenarnya )



[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai


* Nak g mekah
* Nak sambung Belajar
* Nak ada umah sendiri
* Nak MPV
* Nak baby gurl

[4] Siapakah nama pasangan anda?

En Nik Zulkhairi...lebih dikenali dengan panggilan "Pok nik"


[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

* Seorang yang kacak dimata saya
* Seorang yang suka buat lawak
* Seorang yang penyayang
* Seorang yang pemurah
* Seorang pembuli isteri yang setia..tapi ku suka...hik hik hik


[6] Bila tarikh anda couple?


19 June 2002


[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Semestinya ada...Tak mahu laa share kat sini..biarlah ia menjadi rahsia


[8] Lagu tema cinta anda?

Seingat aku..kitaorang tak ada lagu tema..almaklumlaa hubby ku ni bukan di kategori romantik...


[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Perubahan yang paling ingin saya lihat ialah...biarlah dia berhenti membeli & hisap rokok untuk selama-lamanya...


[10] Tag 10 rakan ada yang lain

saya panjangkan kepada mereka tersebut..boleh mereka update blog mereka..haha ;p

* Della
* Sya
* Wina
* Kak Fisa
* Lana
* Miumiu
* Eyta
* Maria
* Mamaida
* Kak isma




Yeeeeeeeehhh akhirnyer siap jugak kerja sekolah ku...























Thursday, March 25, 2010

Rindu Serindu Rindunyer


Rindunyer aku kat seseorang
Rindu yang teramat sanggat
Rindu akan suara nya
Rindu akan gelagat & aksi nya


Tak pernah aku berjauhan dengannya
Tak sabar rasanya nak berjumpa
Tak sabar nak menatap wajahnya
Tak sabar nak memeluknya


Inilah insan yang amat aku rindui
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.









Sunday, March 21, 2010

~SLEEPING CUTIE CONTEST~








Assalamualaikum....kali ni aku nak join contest yang dianjurkan oleh mama zakwan bersempena
genap setahun blogshop Mama zakwan beroperasi iaitu Zakwan & kawan2 punya...

Sesiapa yang mahu join KLIK kat sini yer.

Contest ini bermula 19/03/2010 hingga 09/04/2010
sesiapa yang nak join..masih sempat lagi..
jom ahh..kita kasi mama zakwan pening kepala nak pilih pemenangnyer....

Gambar yang aku pertaruhkan ialah:
(sorry yer mama zakwan...terlebih...tak tahu nak pilih yang mana satu)


Nama: Nik Muhammad Darwish
Bin Nik Zulkhairi

Tarikh Lahir:14/06/2008

Email: capricorngurl_22@yahoo.com


Ini adalah lagu dodoi untuk darwish:


Tdo darwish..Tdo laa darwish
Cepatlaa tdo wahai anakku

Ummi teramat menyayangi mu darwish

Engkaulah permata hati ku


Tdo darwish..tdo laa darwish
Darwish tdo bolehlah ummi buat kerja

Bila dah jaga ummi kasi upah kat darwish
Ummi jugak bolehlah duduk bersahaja



~Good luck sayang~






Friday, March 19, 2010

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"


Yeeeeeeeehhhh...aku dapat jemputan daripada nuffnang bersempena "Project 400 Nuffnang"...project ini khas dari nuffnang bersama dengan Gatsby...untuk maklumat lanjut sila KLIK kat sini yer







Gatsby Deodorant Street Fair ini akan berlangsung pada:

Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur


Sesiapa yang tak tahu nak pergi ker Berjaya Times Square...sila lihat peta di bawah ni yer sebagai rujukan...nak lagi senang naik jer monorail...


Antara hadiah yang ditawarkan oleh nuffnang dan Gatsby ialah...cabutan bertuah dan hadiah - hadiah hebat yang bernilai lebih dari RM15 000 untuk semua!!!!!! memang betul - betul hebat tawaran ini....

Selain daripada hadiah yang hebat dan gempak..nuffnang dan Gatsby telah menyediakan pelbagai permainan yang menarik untuk semua blogger... antaranya "Sumo Wrestling (in air bag suits)", "gladiator battles" dan banyak lagi permainan yang menarik serta menghiburkan di Gatsby Deodorant Street Fair!!!!

Aku tak sabar dan takkan melepaskana peluang ini...
untuk lebih maklumat tentang Gatsby Deodorant Street Fair,
sila layari: www.gatsby.com.my/streetfair


Terima kasih nuffnang dan Gatsby sebab sudi jemput aku untuk memeriahkan project ini...



~ beautiful blogger award~


Award ni datang nyer dari sasha & kak fiza.
Saya bangga terima award ini kerana:

Sasha & Kak fiza (jangan marah yer...nuyue jawab secara borong)

1) tersenarai dalam list korang berdua..award ni boleh diterima oleh 15 orang follower jer...tak ku sanggka & tak ku duga..nama ku tersenarai...terima kasih yer sebab tak pernah melupakan ku... (ceehhhhh ayat jiwang laa pulak)


2) korang berdua adalah follower yang setia...selalu jer baca entry aku yang entah apa-apa & selalu tinggalkan komen...nuyue caaaaayaaang korang berdua...

so ni adalah syarat untuk terima award ni :-

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.


7 things about me

1. isteri kepada Nik Zulkhairi
2. ummi kepada Nik Muhammad Darwish
3. anak sulung daripada 7 orang adik beradik
4. suka tangkap gambar
5. suka makanan yang mengandungi keju
6. teramat suka warna biru
7. bowling adalah sukan kegemaran saya


Now I'm passing this award to other bloggers with the most wonderful blogs:

** sesiapa sahaja yang singgah kat blog ni ...hehhehe (ampun yer puan sasha & puan fiza..tak der list untuk penerima award seterusnya...jangan marah yer..nanti kena jual..)

Sunday, March 7, 2010

~Sepi Seketika~

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh sebagai pembuka bicara setelah sekian lama aku menyepikan diri dari berblog..............Sebenarnya banyak perkara yang terjadi sejak akhir-akhir ni..........menyebabkan aku tiada masa untuk menjeguk blog ini dan menerjah blog kawan-kawan aku....Insyallah lepas ini aku akan terjah blog kawan-kawan ku satu persatu....aku rindu dengan celoteh korang semua.........dan tak lupa jugak aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi lagi menjeguk blog aku yang tak seberapa ini.......

Perkara yang menyebabkan aku tiada masa untuk update blog ialah..aku tak sihat...demam...kali ini demam aku lain macam jer...kebiasaannyer aku demam dalam satu atau dua hari jer..ini dah lebih........aku tak sedap hati.........aku g klinik swasta........ambik ubat dan MC........lepas dua hari kemudian......demam ku masih tak baik lagi.......sekali lagi aku g klinik swasta......dalam hati aku risau......sebab sekarang ni banyak kes denggi...terpaksa laa aku berjumpa doktor lagi....doktor beritahu aku......kalau demam aku tak baik lagi dalam tempoh satu hari.....aku kena jalani blood test.......fuuuhhh kecut hati ku bila dengar perkataan "BLOOD"........untuk pengetahuan korang semua....sebenarnya aku ni mabuk darah.....tak boleh tengok darah..kadang-kadang orang cakap pasal darah pun muka ku dah pucat lesi....fuuuuhhhh betul-betul penakut.....

Keesokan harinyer................aku masih demam...............jadi aku buat keputusan untuk ke klinik kerajaan...........awal-awal pagi lagi aku dah terpacak kat klinik.............yang buat aku tak tahan ialah........ramainyer orang ....aku ingat aku yang paling awal...hampeh..dapat nombor pun dah berpuluh-puluh...lengguh nak menuggu...terpaksa laa aku bersabar......bila nama ku dipanggil untuk buat blood test....aku dah gugup........tak sanggup rasanyer..tapi terpaksa gagahkan diri jugak...lepas tuu tunggu keputusan dari makmal....doktor bagitahu aku...diorang suspek aku kena denggi....esok kena jalani blood test lagi....huuuuhhhhhh....

Hari kedua aku jalani blood test cam biasa...orang tetap ramai...masa aku terbuang dekat dgn 2 jam lebih kat sana.....keputusan kali ni...doktor cakap darah aku ada virus....dalam hati aku dah menyumpah...("kalau demam memanglaa ada virus"...entah apa-apa laa doktor ni")....doktor suruh aku buat blood test untuk keesokan harinyer lagi...huuuuuaaaaaaaaaaaaaaawwww....cuak nyer....

Hari ketiga ...aku paling menyampah....lengan aku dah lebam....lengan kiri aku diorang tak leh nak cucuk sebab tak nampak urat.....walaupun tak nampak urat...diorang masih lagi nak cuba cucuk....hampeh laaa.....akhirnya lengan kanan aku yang menjadi mangsa.....kali ini doktor cakap keputusannya tetap sama macam semalam........tak der perubahan...doktor berpesan suruh aku minum banyak air...jadi terpaksa buat blood test lagi.....

Hari keempat...diaorang refer aku ke Hospital Sg Buloh....kali ni tukang ambik darah darah aku ialah lelaki...fuuuuhhhh punya laaa kasar cara dia......mamat ni buat aku angin jugak....dia dah ambik darah aku buat pertama kalinyer.......tapi tak cukup kuantiti....dia ambik darah aku buat kali kedua.....aku pada saat tuuu dah berpinar bijik mata....muka aku dah berpeluh....nasib baik tak pengsan jer....kali ni doktor bagitahu keputusan yang aku kurang sel darah putih (dalam hati aku......apalah diorang ni dut ambik darah aku hari-hari..........setahu aku sel darah putih takkan kembali normal dalam masa satu hari...ambik masa yang lama jugak.....hampeh jer bila aku fikir berulang kali")

Aku dapat MC satu minggu gara-gara blood test.....kerja kat opis tak yah cerita laa..bertimbun...
aku nak buat kerja kat opis pun tak der semangat....sekarang ni pun aku masih lagi letih dan pening...tak boleh terlalu aktif sanggat....aku ingat nak buat medical check up kalau keadaan ini berterusan...harap-harap tiada laa perkara yang tak diingini berlaku keatas diriku.........amin

p/s oooppssss...sorry....entery kali ni panjang sikit......cam luahan perasaan laa pulak...jangan marah yer..... :)

Labels

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails